Monday, July 28, 2008

Fikir Tentang Keimanan

Ya....setiap hari kita membaca di dada akhbar atau majalah,menonton television,membaca blog dan web tentang kemusnahan,kehancuran, kerosakan,pencerobohan,pembunuhan,perogolan,kesumbangan, dan pelbagai aktiviti yang sangat merungsingkan otak fikiran manusia.
Kerapkali juga pelbagai idea disembur dan dikeluarkan untuk menjadi ubat menyelesaikan masalah-masalah ini tetapi amat malang dan sedih,semuanya seperti mencurah kedaun keladi,tiada hasil malah semakin hari semakin rumit dan menyerabutkan.Tahukan anda kenapa?Dapatkah anda memikirkan punca sebenarnya?Bolehkan semuanya kerosakan dan ketidakstabilan ini diselesaikan.Cuma anda fikirkan BAGAIMANA....?????

Thursday, July 24, 2008

Fikir-Fikirlah Sendiri

Assalamualaikum...........apa khabar sahabat-sahabat dan peminat-peminat blog.Semua dalam keadaan sihat.Saya nak berbicara sikit tentang "fikir" atau "Pemikiran".Tentu saudara-saudari tahu tentang salah satu perkataan ini dan sememangnya ia sentiasa kita gunakan setiap hari,cuma bezanya adalah sejauh mana atau semaksima atau seminima mana kita menggunakanya.Pernahkah anda berfikir,macam mana agaknya orang zaman dulu memikirkan untuk menghasilkan lampu,kapal terbang,kapal laut,kapal angkasa,membina kelengkapan dan alatan perang serta lain-lain lagi.Pernahkah saudara-saudari berfikir bagaimana kejadian saudara-saudari sendiri?kejadian langit?kejadian bumi?makhluk-makhluk yang melata di atas bumi ,dibawah bumi,di dalam air,di udara dan sebagainya?Pernahkah saudara saudari berfikir bagaimana darah mengalir dalam badan dan bagaimana jantung berfungsi mengepam pergerakkan darah?Pernahkah saudara berfikir bagaimana roh dimasuk kedalam tubuh saudara saudari dan dikeluarkan bila tiba masanya.